27.1.06

    005. Mengimbas Kembali Perasaan

    Kumpulan saya, Srikandi Gagah 003, menghadapi banyak cabaran semasa melaksanakan prokjek kami. Tajuk projek yang telah kami pilih ialah Cinta Remaja.

    Semasa kami sedang merancang dan melaksanakan projek kami, kami ada banyak perselisihan faham. Kumpulan kami agak sukar hendak bekerjasama. Seorang daripada ahli kumpulan kami agak sukar hendak bertemu bersamanya kerana dia selalunya ada suatu perkara yang akan timbul pada saat-saat terakhir. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan hasil projek yang kami rasa agak memuaskan hati kami.

    Saya berharap kami dapat bekerjasama sekali lagi dan mengatasi masalah-masalah yang kami akan hadapi bersama-sama.

    004. Sinopsis Projek

    Projek yang telah kami lakukan berdasarkan pada cinta remaja.

    Objektif kami memilih topik ini ialah untuk:
    1. mengetahui pendapat-pendapat remaja tentang bercinta pada usia yang muda,
    2. mengetahui kisah-kisah cinta remaja masa kini dan dahulu dan
    3. untuk mengemukakan akibat-akibat negatif dan positif apabila bercinta pada usia yang muda.

    Kami telah menyediakan sebuah video berkaitan dengan cinta remaja. Kami juga telah mengumpulkan maklumat-maklumat tentang topik ini daripada pengalaman dan pendapat orang-orang yang berlainan umur.

    003. Pemilihan Nama Kumpulan

    Kami memberikan nama Srikandi Gagah 003 kerana kami melihat diri kami sebagai srikandi-srikandi moden yang gagah. Kami yakin bahawa kami boleh menghadapi segala cabaran dengan gagahnya.

    Kami memilih angka 003 kerana kumpulan kami bertiga.

    002. Anggota Srikandi Gagah 003

    Nama-nama ahli kumpulan Srikandi Gagah 003 adalah
    1. Siti Zinnirah Bte Sharuddin 4B/ 2006
    2. Iffa Iryani Bte Said 4B/ 2006
    3. Sharifah Maryam Alhabshee Zen 4B/ 2006

    12.11.05

    001. Srikandi Gagah: Cinta Remaja


    Akhirnya, cikgu berjaya juga untuk memuat-naikkan video-video pelajar untuk tatapan umum. Semoga terhibur dan memperoleh manfaat daripada video-video pelajar-pelajar cikgu.